30 Mac 2011

HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP?

Hidup unuk makan atau makan untuk hidup?. Ini adalah merupakan satu perkara yang selalu diperkatakan samada secara gurauan atau kenyatan yang serius. Ramai yang memilih ” makan untuk hidup” kerana merasakan hanya haiwan sahaja yang ” hidup untuk makan ”

Tetapi kalau kita boleh berfikir dengan lebih positif dan kreatif orang yang hidup untuk makan lebih menjana kepada sifat yang ada daya usaha dan kerja keras tanpa mengharap bantuan dan ihsan dari orang lain. 

Makan untuk hidup adalah lebih kepada servival haiwan didalam hutan yang sentiasa memburu mangsa dengan segala helah dan keganasan untuk mendapatkan makanan untuk hidup. Sama seperti tikus-tikus yang menyelongkar sisa makanan dalam tong sampah semata mencari makan untuk terus hidup.


ayam...hidup untuk makan?

Justeru hidup untuk makan memungkinkan  kita berkerja dan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan wang jualan atau hasil tanaman, berkebun menangkap ikan dan sebagainya sebagai sumber pendapatan. Sama juga dengan pekerja sektor awam dan swasta yang berkerja bukan sahaja untuk mendapat gaji untuk membeli keperluan hidup malah yang penting untuk makan makanan yang lazat mengikut cita rasa masing-masing.Makanan hanya akan diperolehi sekiranya kita ada sumber pendapatan.


Bila berlaku petaka sumber makanan sudah tiada lagi.
Pada ketika ini makanan diperlukan untuk hidup.


Makan untuk hidup hanya sesuai bagi rakyat yang mana negara mereka ditimpa bencara dan mala petaka seperti tsunami, gempa bumi, puting beliung, gunung berapi yang mana sumber untuk mendapatkan makanan sangat terhad malah mungkin tidak ada langsung dan mereka mengharapkan bantuan makanan untuk hidup. 

Sama juga seperti banduan didalam penjara yang mereka makan hanya untuk hidup pada hari ini kerana nasib masa hadapan mereka masih kabur dan ada yang akan berakhir disitu. Jadi mereka hanya makan kerana mengisi perut yang lapar kerana mereka tiada daya dan usaha untuk melakukan apa-apa kerja dan hanya bergantung kepada ihsan orang lain.




Anggapan bahawa hidup untuk makan yang sama seperti haiwan ternakan hanya menyamakan kita sebagai seorang pemalas. Tidak mahu bekerja dan hanya membebankan orang lain. Didalam sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan tanah yang subur, sikap pemalas yang hanya menanti orang lain ”menaburkan” makanan seharusnya telah tidak berlaku. 

Buktinya, kita lihat sahaja kebanjiran pendatang asing ke negara kita sama ada dari Indonesia, Cina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, India, Bangladesh dsb jelas menunjukkan bahawa dinegara kita merupakan lubuk emas bagi pencari rezeki. 

Bermakna usaha untuk mencari makan untuk hidup lebih banyak di sini dan akhirnya mereka akan menjadi hidup untuk makan dengan limpahan rezeki yang tak pernah putus!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...