30 Mac 2011

HIDUP UNTUK MAKAN ATAU MAKAN UNTUK HIDUP?

Hidup unuk makan atau makan untuk hidup?. Ini adalah merupakan satu perkara yang selalu diperkatakan samada secara gurauan atau kenyatan yang serius. Ramai yang memilih ” makan untuk hidup” kerana merasakan hanya haiwan sahaja yang ” hidup untuk makan ”

Tetapi kalau kita boleh berfikir dengan lebih positif dan kreatif orang yang hidup untuk makan lebih menjana kepada sifat yang ada daya usaha dan kerja keras tanpa mengharap bantuan dan ihsan dari orang lain. 

Makan untuk hidup adalah lebih kepada servival haiwan didalam hutan yang sentiasa memburu mangsa dengan segala helah dan keganasan untuk mendapatkan makanan untuk hidup. Sama seperti tikus-tikus yang menyelongkar sisa makanan dalam tong sampah semata mencari makan untuk terus hidup.


ayam...hidup untuk makan?

Justeru hidup untuk makan memungkinkan  kita berkerja dan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan wang jualan atau hasil tanaman, berkebun menangkap ikan dan sebagainya sebagai sumber pendapatan. Sama juga dengan pekerja sektor awam dan swasta yang berkerja bukan sahaja untuk mendapat gaji untuk membeli keperluan hidup malah yang penting untuk makan makanan yang lazat mengikut cita rasa masing-masing.Makanan hanya akan diperolehi sekiranya kita ada sumber pendapatan.


Bila berlaku petaka sumber makanan sudah tiada lagi.
Pada ketika ini makanan diperlukan untuk hidup.


Makan untuk hidup hanya sesuai bagi rakyat yang mana negara mereka ditimpa bencara dan mala petaka seperti tsunami, gempa bumi, puting beliung, gunung berapi yang mana sumber untuk mendapatkan makanan sangat terhad malah mungkin tidak ada langsung dan mereka mengharapkan bantuan makanan untuk hidup. 

Sama juga seperti banduan didalam penjara yang mereka makan hanya untuk hidup pada hari ini kerana nasib masa hadapan mereka masih kabur dan ada yang akan berakhir disitu. Jadi mereka hanya makan kerana mengisi perut yang lapar kerana mereka tiada daya dan usaha untuk melakukan apa-apa kerja dan hanya bergantung kepada ihsan orang lain.




Anggapan bahawa hidup untuk makan yang sama seperti haiwan ternakan hanya menyamakan kita sebagai seorang pemalas. Tidak mahu bekerja dan hanya membebankan orang lain. Didalam sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan tanah yang subur, sikap pemalas yang hanya menanti orang lain ”menaburkan” makanan seharusnya telah tidak berlaku. 

Buktinya, kita lihat sahaja kebanjiran pendatang asing ke negara kita sama ada dari Indonesia, Cina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, India, Bangladesh dsb jelas menunjukkan bahawa dinegara kita merupakan lubuk emas bagi pencari rezeki. 

Bermakna usaha untuk mencari makan untuk hidup lebih banyak di sini dan akhirnya mereka akan menjadi hidup untuk makan dengan limpahan rezeki yang tak pernah putus!

14 Mac 2011

MENGAPA KITA HENDAK JADI KETUA?

Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia


SEORANG  ketua atau pemimpin mempunyai tugas dan amanah yang sangat besar dan wajib dipikul dan tugas itu  tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya melainkan dengan sokongan dan kerjasama dari orang-orang yang dipimpin nya. Allah SWT telah menentukan supaya orang yang dipimpin itu mematuhi ketuanya didalam semua arahan atau suruhan sama ada yang disukainya atau tidak kecuali suruhan untuk melakukan maksiat dan melanggar hukum Allah SWT

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Wajib keatas setiap orang Islam mendengar dan mematuhi ( perintah ketua ) didalam perkara-perkara yang disukai atau dibencinya selagi tidak disuruh mengerjakan maksiat. Apabila disuruh mengerjakan maksiat, tidak lagi ia diwajibkan mendengar dan taat “.

Oleh kerana tugas pemimpin tidak dapat dijalankan melainkan dengan adanya hubungan baik antara ketua dan pengikut, maka Islam mewajibkan dasar mesyuarat. Pandangan dan pendapat pengikut hendaklah dipertimbangkan dengan sewajarnya.



Sabda Rasulullah SAW:

“ Kamu semua adalah pemimpin dan kamu sekelian akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin. Iman ( ketua ) adalah pemimpin dan ia akan di minta bertanggungjawab tentang apa yang dipimpinnya. Orang lelaki ( suami ) adalah pemimpin dalam lingkungan keluarganya dan ia akan ditanya tentang apa yang ia pimpin. Orang perempuan ( isteri ) juga pemimpin dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan ia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya dan pembantu rumahtangga ( pekerja ) juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan ia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya ”

( Hadith Riwayat Bukhari )



Pemimpin adalah ketua yang meneraju sesebuah kumpulan atau organisasi atau persatuan atau sebuah negeri atau apa saja yang dia mempunyai pengikut yang setia. Kenapa kita mahu jadi ketua? Kerana kita percaya kita ada kekuatan. Kita ada kemahiran mengurus. Kita ada kelebihan dalam mentadbir.   Kita ada kepandaian dalam melaksanakan tugas. Kita ada ilmu pengetahuan yang luas. Kita dihormati kerana pekerti yang mulia. Kita lebih alim dalam ilmu agama. Kita lebih kaya wang ringgit. Kita dari golongan bangsawan. Kita lebih tua dan kita memang ketua dan berhak menjadi ketua. Namun ada juga ketua yang dipilih atau dilantik kerana senioriti atau kebolehupayaan mentadbir sebagaimana perlantikan ketua di jabatan kerajaan atau dimana-mana pejabat swasta.

Itulah keyakinan kita. Apa yang kita fikir kita layak menjadi ketua haruslah pula difikir oleh orang lain bahawa kita layak dipilih dan dilantik jadi ketua. Kita dilantik secara majoriti dan sememang disukai dan bukan kerana kekejaman dan kekuatan. Dizaman demokrasi orang yang mempunyai kepintaran akal dan kelicikan fikiran dipilih menjadi ketua. Tidak seperti di zaman jahiliah dimana mereka yang kuat dan sasa dan yang menang pertarungan senjata dilantik menjadi raja.

Menjadi seorang ketua bukanlah satu tugas yang mudah tanpa memerlukan pengorbanan. Sanggup berkorban masa, tenaga dan kadangkala wang ringgit. Jadi tidak pula bermakna hanya yang banyak harta dan kaya saja layak menjadi ketua. Seorang ketua atau pemimpin harus memiliki sifat dan akhlak yang baik, beriman, jujur, amanah, menunaikan janji, ikhlas, beradab, berhemah, penyantun dan lapang dada, murah hati, bersih, sihat, malu, membina persahabatan dan persaudaraan, pergaulan yang baik, mulia, penyayang, berilmu, berakal, menilai waktu dan mensyukuri nikmat.

” Tiga golongan manusia yang tidak diangkat solatnya walaupun sejengkal diatas kepala; Pertama, lelaki yang menjadi imam dari satu kaum yang membencinya. Kedua, perempuan yang bermalam ( tidur ) tapi dibenci suaminya. Ketiga, dua orang yang bermusuhan ”

( Hadith Riwayat Ibnu Majah )



Menjadi pemimpin atau ketua bermakna kita mempunyai pengikut dan organisasi sama ada  merupakan sebuah jawatankuasa, persatuan, pertubuhan, pejabat,  parti politik atau sebuah negeri. Ini bererti kita di pilih atau dilantik untuk menjaga kepentingan organisasi yang kita wakili dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

” Tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak bersifat amanah dan tidak sempurna agama bagi mereka yang tidak menepati janji ”

( Al-Hadith )

Menjadi ketua ibarat seorang pemandu kenderaan. Lebih besar kenderaan bererti lebih ramai penumpang yang dibawanya. Ketua tidak akan dapat memandu kenderaan dengan sempurna andainya tidak mempunyai engin yang baik. Engin yang baik akan menentukan sejauh mana kenderaan yang dipandu oleh ketua berjalan dan sampai ke destinasi. Ketua dan pemandu yang bijaksana sahaja akan tahu bagaimana untuk menjaga kenderaan nya agar sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa kelihatan bersih dan sempurna.

Seandainya  kenderaan hanya  digunakan tanpa seliaan dan tanpa ambil tahu kekuatan dan keperluan engin, lambat laun engin akan meragam dan kenderaan itu sendiri tidak akan membawa ketua atau pemandu ketempat yang  dituju dan akhirnya seluruh jentera dan ketua terpaka di tukar ganti dengan yang lebih baik.

Ada orang yang menjadi ketua hanya memerlukan orang-orang yang jahil dan bodoh bagi memudahkan ia terus disokong menjadi ketua. Mereka yang berfikiran lemah dan mudah disogok boleh menjadikan ketua ini kuat dan terus disokong untuk berkuasa dan memimpin mereka. Ketua akan tahu bahawa pengikutnya yang tidak berilmu lebih baik dari dirinya akan mudah ditarik hidung seperti kerbau dan akan mengikut sahaja kemana dia pergi tanpa boleh melawan. Apa yang ketua buat dianggap betul dan sempurna walaupun mereka tahu ketua itu membawa mereka ke jalan yang berlumpur. Pemimpin jenis ini perlu berkerja yang kelihatan seolah-olah luar biasa hanya seperti ayam berkokok agar disukai oleh pengikutnya walau ekornya bergelumang tahi.

Seorang pemimpin yang bijaksana akan merasa keberuntungan dengan  memiliki pengikut yang bijaksana dan lebih pintar bagi memudahkan lagi proses menjana kerja yang luar biasa dan mendatangkan hasil yang lebih produktif. Ini kerana dia tahu ketua hanya merupakan seorang pemandu dan pembuat keputusan arah tujuan kemana kenderaan itu hendak dibawa. Jadi ketua atau pemandu memerlukan tenaga engin, cengkaman tayar, fungsi brek dan tayar simpanan dan segala kelengkapan yang baik dan sempurna bagi menjamin prestasi kereta tersebut semasa memecut dilandasan!

Hanya pengikut yang membuta tuli saja sanggup menggadai maruah diri dan menganggap ketua sebagai nabi yang maksum yang tidak pernah membuat dosa. Mereka sanggup mendewakan ketua walaupun mereka tahu ketua mereka pernah melakukan onar dan bertindak hanya atas kepentingan sendiri. Mereka ini ibarat sudah berpatah arang dan sanggup menang sorak walaupun kampung akan tergadai.



” Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran ”

( Surah Al ’Ashri, ayat 1-3 )

12 Mac 2011

Rawatan Homeopati



Remedi Homeopati untuk Pelbagai Penyakit


Homeopati merupakan satu kaedah rawatan alternatif yang terbukti berkesan dan tidak mempunyai kesan sampingan seperti mana ubat-ubatan konvensional.
Persediaan Homeopati ini merupakan gabungan formula yang telah terbukti berkesan untuk penyakit-penyakit tertentu. Bagi anda yang tidak biasa dengan formula homeopati, anda bolehlah mendapatkan setiap jenis remedi yang dinyatakan (sebaik-baiknya mengikut potensi yang dicadangkan untuk mendapat kesan yang terbaik) di mana-mana klinik atau pembekal remedi homeopati.


Antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat oleh
Perubatan Homeopati
  
1. Selsema, flu, resdung, sinusitis
2. Tonsil, hilang suara, parau, gagap
3. Bell Palsy [ lumpuh muka], herok muka, kebas kepala
4. Sakit kepala, migrin, tekanan darah tinggi, parkinson
5. Sakit dalaman, jantung, paru-paru, hati [liver] jantung berdebar, asthma, lelah, paru-paru berair, bunyi dalam paru-paru.

6. jaundice dikalangan bayi, hepatitis A, B atau C
7. Masalah spleen
8. Penyakit urat saraf seperti stroke, sakit urat, sakit bahu, tennis syndrome, sakit leher, lumbago, slip disc, scitica, sakit belakang
9. Semua jenis penyakit wanita seperti haid tak teratur, kesuburan, haid berpanjangan, pcos, fibroid, sista, masalah kandungan dll
10. Semua penyakit bayi dan kanak-kanak.

Ubat-ubat homeopati terdiri dari 100 % ubat-ubat organik dan tidak mengandungi sebarang dadah, racun atau streoid.


Kebaikan Rawatan Homeopathy

1. Ubat Homeopathy terdiri dari ubat-ubat organik [ bukan drug ]
2. Ubat Homeopathy tidak ada kesan sampingan [ no side effect ]
3. Ubat homeopathy tidak ada racun [ no poison ]
4. Ubat homeopathy tidak mengandungi sebarang streoid [ no streoid ]
5. Ubat homeopathy mesra pengguna [ human friendly ]
6. Ubat homeopathy dari sumber asli [ natural medication ]
7. 
Ubat Homeopathy manis dan mudah digunakan
8. Baik untuk kanak-kanak dan juga wanita
9. Merawat penyakit hingga ke akar umbi

CONTOH UBATAN BAGI RAWATAN TERTENTU :

1. Rawatan Rambut Gugur
Dalam Homeopathic Kent Repertory ada 150 jenis ubat-ubat homeopathy untuk Rambut gugur, rambut patah, rambut nipis, botak, rambut bernuah dan sebagainya. Anda memerlukan kurang lebih 6 hingga 12 bulan makan ubat homeopathy untuk melihat kejayaan.

Antara ubat-ubat bgaus ialah:
Graphite, ac phos., Kali Phos, Calc Phos.Calc Carb, Hepar Sulph., Lyco, dll

2. Ubat Cacing

Jika anak anda sentiasa yang berusia antara 1 hingga 5 tahun, merengek, menangis, meragam selalu sakit perut, muka pucat , perut buncit, awas mungkin anak anda mengalami masalah kecacingan.

Ubat homeopati yang baik untuk mengeluarkan semua jenis cacing ialah:
Cina, Chian Off, Arslb, Thuja

3. Ubat Tonsil

Rawatan homeopati terkenal untuk mengatasi masalah tonsil dikalangan anak-anak. Jika dimakan mengikut peraturan yang ditetapkan, tonsil boleh sembuh tanpa melakukan apa-apa pembedahan. Namun jika tonsil sudah menjadi kronik dan biji tonsil sudah membesar dan menutupi halkum hingga sukar nernafas dan sakit bila makan atau minum.
Rawatan allopati biasanya berakhir dengan pembedahan.
Jika peringkat awal boleh mencuba ubat-ubat homeopati seperti:

Aconite, Nat Mur., Belladonna, Baryta Carb., Hepar Sulph., Lacsesis.

SATU RAWATAN ALTERNATIF

Bagi individu yang ingin mencuba alternatif perubatan moden, homeopati mungkin satu pilihan yang baik. Perubatan homeopati dikatakan mampu menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit sekali gus menyembuhkan penyakit yang dihidapi sehingga ke akar umbi.

Homeopati merupakan rawatan holistik yang memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakit yang dihidapi.

Menurut pakar homeopati, Dr. Nik Fairuz Nik Omar yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang ini, kelebihan rawatan homeopati ialah ubat-ubatan yang digunakan tidak mengandungi bahan toksik dan dadah.

Ini secara tidak langsung menjadikan rawatan itu lebih selamat dan boleh diambil oleh semua golongan tanpa mengira peringkat umur.

Ujarnya, ubat-ubatan yang digunakan bersumberkan tumbuh-tumbuhan, garam galian, haiwan dan sel-sel terpilih.

"Antara tumbuh-tumbuhan yang digunakan ialah bawang putih, bawang merah, bunga matahari dan lada hitam.

"Bagi garam galian pula ia terdiri daripada kapur, magnesium, sulfur dan sebagainya.

"Ubatan bersumberkan haiwan pula ialah dakwat sotong, sengat tebuan, labah-labah dan bisa ular yang mampu merawat penyakit tertentu," katanya sambil menambah, kini perubatan itu juga menggunakan kuasa solar dan laser.

Jelas Nik Fairuz, kaedah rawatan homeopati berfungsi dengan mengenal pasti simptom penyakit iaitu simptom fizikal dan mental.

"Simptom berbentuk fizikal membolehkan penyakit dikenal pasti secara jelas seperti lebam atau kemerah-merahan, bengkak dan mata merah.

"Untuk mental pula, rasa sakit yang mereka alami dan bagaimana mereka menanganinya," ujarnya.

Nik Fairuz memberitahu, semasa merawat pesakit, beliau akan bercakap dengan mereka dan menilai pesakit itu berdasarkan bentuk tubuh, kelakuan dan emosi mereka sebelum memilih penawar mengikut simptom yang wujud.

"Tetapi tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan bagi satu-satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor memilih penawarnya," katanya.

Ini sekali gus merawat pesakit menerusi proses perangsang tenaga hayat yang wujud secara semula jadi di dalam badan manusia.

Tenaga itu menjadikan tubuh lebih kuat, aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit di samping mengatur sistem peredaran darah, sistem hormon serta saraf.

"Sebahagian besar pesakit yang mendapatkan rawatan terdiri daripada mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan saraf, pinggang, kencing manis, migrain dan demam.

"Tempoh untuk pesakit pulih pula bergantung pada keadaan pesakit selain mengambil ubat mengikut tempoh yang telah ditetapkan," katanya.

MERAWAT PUNCA PENYAKIT

Sementara itu, seorang lagi pakar homeopati, Dr. Azman Mohamad memberitahu, rawatan homeopati merupakan salah satu perubatan alternatif bagi mereka yang ingin beralih daripada perubatan moden.

Beliau yang mengusahakan klinik rawatan homeopati selama lebih 10 tahun di Ipoh, Perak mendakwa rawatan tersebut bukan merawat pesakit tetapi membantu memulihkan sistem tubuh seseorang supaya dapat berfungsi dengan lebih optimum.

Ujarnya lagi, kaedah rawatan homeopati berfungsi dengan membuang racun-racun toksik dalam tubuh serta memulihkan fungsi organ seperti buah pinggang, hati dan jantung supaya kembali normal selepas lama terdedah kepada asap kenderaan, rokok dan pengambilan makanan yang tidak sihat.

Katanya, semua ini secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit.

"Homeopati merawat pesakit yang mengalami penyakit yang paling ringan seperti demam dan juga yang paling kronik seperti penyakit ketumbuhan dalam otak dan kanser rahim.

"Saya berpengalaman merawat penyakit batu hempedu dan buah pinggang hanya dengan pembedahan kecil tanpa menggunakan laser. Proses rawatan itu hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam," katanya.

Katanya lagi, harga ubat-ubatan homeopati juga tidak semahal mana iaitu di antara RM30 hingga RM50 dan boleh digunakan sehingga dua bulan.

"Namun, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa membantu merawat seorang pesakit wanita yang menderita kanser serviks yang dikatakan tidak dapat disembuhkan.

"Syukur dia pulih semula selepas rawatan selama tiga bulan dan hidup sampai sekarang. 
Namun, semua ini adalah ketentuan Allah, bukan saya," ujarnya



UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN HOMEOPATHY DAN PERTANYAAN PERUBATAN
SILA HUBUNGI:


Dr ( H ).Samsul Ariffin Elias
Tel: 019-2992563


6 Mac 2011

MIMALAND - HANYA TINGGAL KENANGAN

Masih ingat tentang Mimaland?. Bagi mereka yang lahir selepas tahun 1990 tentu tidak tahu dimana letaknya Mimaland dan apa keistimewaan yang terdapat disana.

Walau bagaimana pun taman rekreasi yang popular satu ketika dulu yang terletak di Gombak telah ditutup pada akhir tahun 1993 disebabkan berlaku runtuhan tanah dan merbahaya kepada pengunjung. Kawasan rekreasi seluas 121 hekter ini mula dibuka pada tahun 1975. Dikelililingi kawasan berbukit dan tumbuhan hijau dengan udara yang nyaman, kawasan ini dibina dengan sebuah kolam renang yang pada ketika itu merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Di Mimaland juga terdapat beberapa kemudahan aktiviti rekreasi keluarga seperti memancing, menaiki bot, berkelah, menjelajah hutan, kawasan perkhemahan, pusat sukan, restoran dan sebagainya. Ketika itu Mimaland menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

KOLAM RENANG TERBESAR DI ASIA TENGGARA

Disini juga terdapat tempat penginapan yang dinamakan Bagan yang dibina didalam tasik dan motel.
Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12 malam. Tiket masuk yang dikenakan ialah RM2.00 bagi orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.



Waktu itu saya menyewa rumah di Taman Seri Gombak. Apabila ada sanak-saudara datang, Mimaland lah menjadi tempat utama untuk dilawati. Untuk sampai kesana kita perlu mengikut jalan Gombak iaitu jalan lama untuk ke Pahang atau Bentong.



Di Mimaland juga apa yang menjadi tarikan terutama kanak-kanak selain kolam yang terbesar ialah patung-patung dinosaur dan binatang pra-sejarah yang dibina seolah-olah hidup. Kini semua keindahan disitu hanya tinggal kenangan dan segala struktur binaan semakin luput dan hilang dari pandangan.

JALAN MASUK UTAMA YANG TELAH DITUTUP


BINATANG PRA SEJARAH YANG TERDAPAT DI MIMALAND




Sehingga hari ini usaha membangunkan semula atau membaik pulih kawasan tersebut tidak mungkin akan berlaku dan akan terus mengalami proses kemusnahan dan menjadi kawasan peninggalan yang terbiar!






NOTIS !

JANGAN BETULKAN RESOLUSI SKRIN ANDA.
MUTU GAMBAR AGAK KURANG MEMUASKAN KERANA
GAMBAR INI HANYA DIRAKAMKAN DENGAN KAMERA
MINOLTA PADA TAHUN 1981 DAN DICETAK
 MENGGUNAKAN KERTAS KODAK
DAN BUKAN IMEJ DIGITAL.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...