Derma Organ

PENDERMAAN ORGAN :

Adalah satu amalan kebajikan terakhir yang amat tinggi nilainya, yang boleh dilakukan oleh seseorang insan kepada insan yang lain selepas kematian. Anda mampu membuat keputusan!


Dari sudut Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat:


* Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit.
   
" Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit melainkan ia menurunkan bersama-samanya ubat, ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya "
( Riwayat An-Nisa'i dan Ibn Majah )


* Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma atau penerima organ.
* Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas dan diat untuk membantu kerana Allah.
* Pendermaan organ perlu mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.



ORGAN DAN TISU YANG BOLEH DIDERMAKAN

ORGAN :


JANTUNG



PARU-PARU



BUAH PINGGANG



HATI


PANKREAS


TISU :

Kornea, Injap Jantung, Arteri/Vein, Usus, Tulang, Tendon, Ligament, Kulit


Organ dan tisu boleh didermakan oleh mereka yang telah disahkan mati otak, yang masih diberi pernafasan dengan mesin ( ventilator ). Ini kerana organ tidak dapat bertahan lama tanpa oksigen. Manakala Tisu boleh didermakan selepas mereka meninggal dunia secara biasa.


MATA boleh didermakan dalam tempuh 12 jam selepas kematian manakala tulang, injap jantung dan kulit boleh didermakan dalam tempuh 24 jam selepas kematian.


Mata boleh didermakan walaupun seseorang itu meninggal dunia di rumah sehingga 6 jam selepas kematian.


Tisu-tisu boleh didermakan dirumah mayat.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...