25 Februari 2011

96.7FM

Sebagaimana biasa dalam perjalanan ke pejabat setiap pagi saya dan isteri melayan Sinar FM. Peminat Retro katakan!. Isteri saya pula kalau tak dengar suara Three Stoogest ( Kril, SY dan KE ) tak sah perjalanan pagi ke pejabat! Apa pun mendengar Sinar FM setiap pagi dengan celoteh mereka boleh menjadikan satu terapi awet muda. Percayalah!

Apa yang nak dkongsikan tentang perjalanan pagi tadi ialah apabila seorang pemantun mengatakan rambutnya dah botak dan bagaimana nak tumbuhkan rambut. Apa yang menarik perhatian saya ialah jawapan KE dengan mengatakan “ guna minyak kelapa merah “. Puas saya cari di internet tapi tak jumpa. KE kata ada jual di Kedah. ( di negeri bekas suami dia la tu..oopps! ) 

Setahu saya minyak kelapa dara memang ada. Minyak merah yang dibuat urut memang ada. Kata Kril minyak kelapa campur sirap!. Kalau mereka di Kedah ada info tentang minyak kelapa merah boleh kita kongsi bersama. Mungkinkah minyak kelapa merah itu ada di Kedah?

Sebut soal rambut, ni seorang artis cilik pop idol dari Kanada yang baru berumur 16 tahun telah melelong rambutnya yang mana bidaan awal di eBay mencecah $6,700.00 iaitu kira-kira RM23,456.00. Dijangkakan bidaan ini akan ditutup pada 3 Mac 2011. Macam-macam kegilaan orang putih ni. Kalau di Malaysiai rambut boleh di jual maka kaya lah tukang gunting rambut!


Recording artist Justin Bieber looks on during the
second half of the 2011 BBVA All-Star Celebrity basketball
game as a part of the NBA All-Star basketball weekend
in Los Angeles, February 18, 2011.


Credit: Reuters/Danny Moloshok

(Reuters Life!) - A single lock of Justin Bieber's newly-shorn hair is being auctioned off for charity and bids had reached $6,700 (4,155.04 pounds) on eBay early on Thursday.
The 16 year-old Canadian pop idol cut his trademark floppy hair earlier this week, and presented one of the locks to TV talk show host Ellen DeGeneres.
"I'm giving pieces of it to different people," Bieber told DeGeneres. "We're doing something special. We want you to donate it to whatever charity you want."

DeGeneres put the hair, placed in a plexiglass box signed by Bieber, up for auction on Wednesday with all the proceeds to benefit the California animal rescue organisation The Gentle Barn.

Bidding started at $10 and quickly reached $6,700. The auction will end on March 2.

Bieber's hair stylist told People magazine that the "Baby" singer had been talking for months about cutting his hair and adopting a more mature look.

"Cutting your hair is just part of the evolution and growing process for anyone, and I think he was just ready," stylist Vanessa Price told the magazine. "We've been talking about it over the last 6 months or so -- more or less, it's definitely been in the works for a while."

22 Februari 2011

7 HARI YANG BERMANFAAT

Nabi Muhammad SAW telah bersabda tentang hari-hari tujuh setelah ditanya oleh para sahabat :

Jumaat:

Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan, persahabatan, pertunangan dan pernikahan.

Sabtu:

Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya kerana pada hari ini orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad:

Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah telah mula menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin:

Hari Isnin adalah hari yang baik untuk bermusafir dan untuk mula berniaga, kerana  pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa:

Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari ini juga mula terjadinya pembunuhan pertama manusia yang mana anak Nabi Adam iaitu Qabil telah membunuh Habil.

Rabu:

Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari ini Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang merupakan kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis:

Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

 

11 Februari 2011

7 ORGAN PENTING DIDALAM TUBUH MANUSIA – WAKTU MANA IA BOLEH DIGANGGU? WAKTU MANA PERLU DIREHATKAN?



PERUT
Jam 07.00 – 09.00 pagi

Waktu organ perut sedang kuat. Diwaktu ini baik untuk sarapan pagi untuk proses pembentukan tenaga tubuh sepanjang hari. Minum jus atau ramuan sebelum sarapan pagi ketika perut masih kosong supaya zat yang berguna mudah diserap segera.

LIMPA
Jam 09.00 – 11.00 pagi

Waktu limpa sedang kuat bekerja mengangkut cairan nutrisi untuk tenaga pertumbuhan. Andainya diwaktu ini anda rasa mengantuk ia berarti fungsi limpa menjadi lemah. Kurangkan minuman bergula, lemak, minyak dan protein hhaiwan.

JANTUNG
Jam 11.00 pagi – 1.00 tengahari

Waktu jantung kuat. Banyakan berehat dan jauhi keadaan panas atau bersenam dan stress terutama kepada penderita gangguan pembuluh darah .

HATI
Jam 1.00 – 3.00 petang

Waktu hati anda lemah. Bila kita tidur, darah merah berkumpul dalam organ hati dan terjadi proses pemulihan sel-sel hati. Apabila fungsi hati kuat maka tubuh anda juga akan kuat bagi menangkis serangan penyakit.

PARU-PARU
Jam 3.00 – 5.00 petang

Waktu organ paru-paru lemah. Perlukan istirahat atau tidur untuk proses pembuangan racun dan proses pembentukan tenaga paru-paru.

BUAH PINGGANG
Jam 5.00 – 7.00 malam

Waktu organ buah pinggang kuat. Waktu ini baik bagi anda belajar, membaca atau menghafal karena terjadi proses pembentukan sumsum tulang dan otak serta kecerdasan.

PERUT
Jam 7.00 – 9.00 malam

Waktu organ perut menjadi lemah. Waktu ini elok anda tidak makan makanan yang sukar dicerna atau lama dicerna atau lebih baik berhenti makan.

LIMPA
Jam 9.00 – 11.00 malam

Waktu organ limpa lemah. Terjadi proses pembuangan racun dan proses pemulihan sel limpa. Sebaiknya berehat sambil mendengarkan muzik yang menenangkan jiwa untuk meningkatkan sistem imun badan.

JANTUNG
Jam 11.00 – 01.00 pagi

Waktu organ jantung lemah. Waktu dimana anda sepatutnya sudah beristirahat atau tidur. Apabila masih terus bekerja atau melakukan sebarang aktiviti fizikal dapat melemahkan fungsi jantung.

HATI
Jam 01.00 – 03.00 pagi

Waktu organ hati kuat. Terjadi proses pembuangan racun/toksin hasil metabolisma tubuh. Apabila ada gangguan fungsi hati terdedah kepada kotoran. Diwaktu ini andai anda terluka teramat amat menyakitkan!

PARU-PARU
Jam 03.00 – 05.00 pagi

Waktu organ paru-paru kuat. Terjadi proses pembuangan toksin/racun pada organ paru-paru. Apabila terjadi batuk, bersin dan badan berpeluh pada waktu ini, ia menandakan adanya gangguan fungsi paru-paru. Sedut udara yang bersih agar paru-paru mendapat tenaga, menjadi sihat dan kuat.

USUS BESAR
Jam 05.00 – 07.00 pagi

Waktu organ usus besar kuat. Lakukan aktiviti ke tandas secara teratur..

8 Februari 2011

7 LAPISAN LANGIT

" Dia lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu "
Surah al-Baqarah : 29

" Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui "
Surah Fusilat : 12

Perkatan ‘langit’ yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur’an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur’an secara tepat.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an.

1. Troposfera - paling hampir dengan muka bumi. Kawasan berlakunya hujan,angin dan salji.
2. Staratosfera - lapisan kedua
3. Ozonosfera - lapisan ketiga
4. Mesosfera - lapisan keempat
5. Termosfera - lapisan kelima
6. Ionosfera - lapisan keenam mengandungi gas ion
7. Eksosfera - lapisan ketujuh bahagian paling luar

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini ‘Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya‘ di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.

7 Februari 2011

7 HARI TERSIMPAN SERIBU RAHSIA

ISNIN             - NABI MUHAMMAD SAW MENERIMA WAHYU PERTAMA DAN  PADA HARI INI JUGA BAGINDA WAFAT.

SELASA         - PEMBUNUHAN MANUSIA PERTAMA BERLAKU YANG MANA HABIL TELAH MEBUNUH QABIL. NABI YAHYA DAN NABI ZAKARIA WAFAT DIBUNUH. TUKANG SIHIR FIRAUN PULA TEWASKAN NABI MUSA.

RABU             - UMAT NABI HUD YANG INGKAR DIMUSNAHKAN ALLAH DENGAN TURUNNYA TAUFAN, MANAKALA UMAT NABI SALLEH DIHANCURKAN DENGAN TERIAKAN KUAT MALAIKAT JIBRIL.

KHAMIS        - NABI MUHAMMAD SAW MULA MEMASUKI KOTA MEKAH. NABI MUSA DAN IBRAHIM BERHUJRAH KE MESIR. NABI YACOB BERTEMU ANAKNYA NABI YUSOF DI MESIR.

JUMAAT        - NABI ADAM BERKAHWIN DENGAN HAWA. NABI YUSOF BERKAHWIN DENGAN ZULAIKHA. NABI MUSA BERKAHWIN DENGAN SITI SAFURAH.ANAK NABI SYUIB. NABI SULAIMAN BERKAHWIN DENGAN SITI BALQIS. RASULULLAH JUGA MEMILIH HARI JUMAAT UNTUK BERKAHWIN DENGAN SITI KHADIJAH DAN AISHAH, MANAKALA ALI ABU TALIB BERKAHWIN DENGAN FATIMAH PUTERI RASULULLAH.

SABTU           - NABI ISA DIPERDAYA KAUM YAHUDI. NABI MUSA DITINDAS FIRAUN. NABI SALLEH DITIPU UMATNYA DAN NABI NUH DIPERSENDAKAN UMATNYA.

AHAD            - ALLAH MENJADIKAN HARI YANG TUJUH, ANGGOTA MANUSIA YANG TUJUH, LAUTAN DAN BUMI YANG TUJUH DAN MENCIPTA ALAM, BINTANG DAN API NERAKA.

1 Februari 2011

PANDANGAN MATA DAN HATI


Gambar diatas merupakan satu gambar teknik 3D yang menarik. Mungkin anda perlu besarkan gambar tersebuit untuk melihat objek yang tersembunyi didalam gambar tersebut. Anda memerlukan kemahiran teknik memandang terus ke dalam gambar tersebut. Masih gagal?. Anda boleh cuba teknik ini DISINI dengan 7 lagi gambar 3D yang menarik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...