6 Mac 2011

MIMALAND - HANYA TINGGAL KENANGAN

Masih ingat tentang Mimaland?. Bagi mereka yang lahir selepas tahun 1990 tentu tidak tahu dimana letaknya Mimaland dan apa keistimewaan yang terdapat disana.

Walau bagaimana pun taman rekreasi yang popular satu ketika dulu yang terletak di Gombak telah ditutup pada akhir tahun 1993 disebabkan berlaku runtuhan tanah dan merbahaya kepada pengunjung. Kawasan rekreasi seluas 121 hekter ini mula dibuka pada tahun 1975. Dikelililingi kawasan berbukit dan tumbuhan hijau dengan udara yang nyaman, kawasan ini dibina dengan sebuah kolam renang yang pada ketika itu merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Di Mimaland juga terdapat beberapa kemudahan aktiviti rekreasi keluarga seperti memancing, menaiki bot, berkelah, menjelajah hutan, kawasan perkhemahan, pusat sukan, restoran dan sebagainya. Ketika itu Mimaland menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

KOLAM RENANG TERBESAR DI ASIA TENGGARA

Disini juga terdapat tempat penginapan yang dinamakan Bagan yang dibina didalam tasik dan motel.
Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 12 malam. Tiket masuk yang dikenakan ialah RM2.00 bagi orang dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.



Waktu itu saya menyewa rumah di Taman Seri Gombak. Apabila ada sanak-saudara datang, Mimaland lah menjadi tempat utama untuk dilawati. Untuk sampai kesana kita perlu mengikut jalan Gombak iaitu jalan lama untuk ke Pahang atau Bentong.



Di Mimaland juga apa yang menjadi tarikan terutama kanak-kanak selain kolam yang terbesar ialah patung-patung dinosaur dan binatang pra-sejarah yang dibina seolah-olah hidup. Kini semua keindahan disitu hanya tinggal kenangan dan segala struktur binaan semakin luput dan hilang dari pandangan.

JALAN MASUK UTAMA YANG TELAH DITUTUP


BINATANG PRA SEJARAH YANG TERDAPAT DI MIMALAND




Sehingga hari ini usaha membangunkan semula atau membaik pulih kawasan tersebut tidak mungkin akan berlaku dan akan terus mengalami proses kemusnahan dan menjadi kawasan peninggalan yang terbiar!






NOTIS !

JANGAN BETULKAN RESOLUSI SKRIN ANDA.
MUTU GAMBAR AGAK KURANG MEMUASKAN KERANA
GAMBAR INI HANYA DIRAKAMKAN DENGAN KAMERA
MINOLTA PADA TAHUN 1981 DAN DICETAK
 MENGGUNAKAN KERTAS KODAK
DAN BUKAN IMEJ DIGITAL.


1 ulasan:

attholib berkata...

Teringin nak tahu apa keadaan Mimaland kat dalam tu.. Berhutan rimba kah? Ada penempatan haram kah? atau sudah menjadi tempat padang jarak kah? hmmmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...