7 Tulisan Khat / Kaligrafi

Sebab Pulut Santan Binasa, Sebab Mulut Badan Binasa - Khat Kufi Mamluki
Ringan Sama Di jinjing, Berat Sama Di Pikul - Khat Thuluth
Menepuk Air Di Dulang Terpercik Kemuka Sendiri - Khat Dewani Jali
Malu Bertanya Sesat Jalan, Malu Berdayung Perahu Hanyut - Khat Ijazah
Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih - Khat Thuluth

Banyak Membawa Resmi Padi,Daripada Membawa Resmi Lalang - Khat Nask



Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih -Khat Thuluth


Nota :

Mari kita tingkatkan semula penggunaan tulisan jawi dikalangan generasi muda terutama anak-anak kita agar tulisan jawi tidak terus terkubur sebagaimana yang berlaku kepada akhbar Utusan zaman dan Utusan Melayu edisi jawi tidak lama dulu. Akhbar ini terpaksa ditutup kerana tidak lagi popular dikalangan genarasi muda malah ramai yang tidak tahu membaca. Kalau tidak tahu baca jawi bagaimana nak membaca surah Al Quran?. Kalau tidak tahu baca jawi bagaimana nak baca ayat-ayat lazim dalam sembahyang?.

Ramai dikalangan kita sebagai ibu-bapa menyedari hakikat betapa pentingnya tulisan jawi yang merupakan tulisan Al Quran. Sejak di tahun satu hingga ke tahun enam anak kita dihantar kesekolah agama sama ada sebelah pagi atau petang. Apa terjadi apabila mereka memasuki alam persekolahan menengah?. ke kolej? ke Universiti? Ramai generasi muda hanyut begitu saja tanpa boleh membaca tulisan jawi.

Apabila seorang pelajar perempuan bukan melayu yang telah menerima salah satu Anugerah Tokoh Maulidur Rasul SAW 2011 iaitu adik Wee Soo Yen ( Pelajar SMK Bachok, Kelantan ) yang mendapat 8A dalam PMR Tahun 2010 termasuk subjek Bahasa Arab seharusnya menjadi ikhtibar kepada generasi muda bahawa mempelajari Bahasa Arab bukanlah terlalu susah..




Penerima Anugerah Perdana Dr Abdul Hayel Abdul Sukor (tiga dari kanan)
bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011. Mereka (dari kiri)
Pelajar Tahun Empat Wee Soo Yen,  CEO Institut Jantung Negara
Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, Profesor Kuliah Senibina UIAM
Prof. Dr Ismawi Zen, Bekas CEO Lembaga Hasil Dalam Negeri
Tan Sri Hamsah Abdullah, dan Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajar
( Pendidikan Isalam Dan Moral ) Datuk Dangiran Mustapha. -
 Gambar NST oleh David Khoo

 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...