27 Mei 2011

Kenapa Anda Perlu Join Bisnes Tunetalk-ToneExcel






Salam Sejahtera,

Jika anda masih memikirkan perlu ke anda buat bisnes ni, berikut adalah
beberapa sebab mengapa saya pandang ini sebagai satu peluang keemasan.

1. Pertama ia merupakan produk keperluan. Ada affiliate atau tidak, orang
mesti pakai. Pengguna prepaid pula sangat ramai, hampir 25 juta rakyat
malaysia menggunakan prepaid. Maknanya pasaran sangat luas.

2. Kedua: Nak join sangat murah, ramai orang mampu, maintain juga tidak
membebankan, ramai pengguna prepaid top-up setiap bulan berkali ganda
dari jumlah maintain yang diperlukan, maka ramai yang tak akan merasa
beban untuk maintain setiap bulan.

3. Ketiga: Downline kita kalau nak topup tak perlu jumpa kita, mereka
boleh dapatkan top-up di kedai topup, 7eleven, stesen minyak, Maybank2u
Cimb Clicks atau mesin atm. Wow !! Ini alasan paling besar, kerana kalau
kita tengah tidur mereka topup, maknanya kita tidur pun dapat duit.

4. Keempat: Selama ini, saya pakai phone, isteri pakai phone, anak pakai
phone, adik beradik pakai phone, kalau mereka topup atau bayar bil, tauke
maxis, tauke digi, tauke telco yang lain akan bertambah kaya, kita tak
dapat apa-apa pun.

Baik saya buat tunetalk-toneexcel, sekurang-kurangnya bertambah juga
pendapatan kita, walau sedikit. Tapi kalau ramai, maka akan jadi
pendapatan lumayan pula.

5. Kelima: Disebabkan orang akan pakai phone setiap masa, maka pasti
mereka akan sering topup, maka ini peluang untuk kita dapat pencen.
Kalau sorang kita sponsor, dan dia pakai simkad tersebut selama 10 tahun,
maknanya saya dapat pencen selama 10 tahun. Siapa tak mahu.
Bukan mereka menyusahkan kita pun kalau nak topup.

6. Keenam: Risiko amat kecil, modal sangat rendah kalau tak menjadi
(mudah-mudahan menjadi) maka kita tidak akan rugi banyak, kecuali
tenaga dan masa yang telah dihabiskan. Kalau menjadi maka bertambahlah
pencen kita.

Saya cadangkan kepada anda, jangan lepaskan peluang keemasan ini,
perniagaan ini jarang sekali lalu di hadapan kita, kalau kita terlepas,
kita kena tunggu lagi beberapa tahun untuk menjumpai perniagaan
seperti ini.

Mulakan sekarang, dan buat dengan konsisten sehingga dua tahun,
insyaAllah mudah-mudahan berhasil.


www.bisnesprepaid.com/sahar

Salam Usahawan

11 Mei 2011

ANUGERAH KEHIDUPAN




Satu peristiwa yang menyentuh perasaan kita.. yang mungkin anda juga belum pernah melihatnya.

Kisah ini menceritakan tentang seorang bayi berusia 21 minggu yang terpaksa dikeluarkan dari rahim ibunya melalui pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya. Bayi yang diberi nama Samuel Alexander Armas dikenalpasti mengalami masalah tulang belakang ( spina bifida ) dan menyukarkannya nya keluar melalui kelahiran yang normal.

Pembedahan ini telah dilakukan oleh Pakar Bedah Dr. Joseph Bruner. Ibu bayi tersebut iaitu Puan Julie Armas merupakan seorang jururawat kebidanan di Atlanta tahu prosedur yang akan dilakukan oleh Dr. Bruner. Berlatih di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville, ia sering melakukan operasi khas mengeluarkan bayi yang masih di dalam kandungan rahim ibu.

Sebagaimana biasa sewaktu pembedahan, doktor melakukan tebukan kecil setelah rahim ibu dikeluarkan pada seksyen C. Torehan dengan penuh berhati lapisan demi lapisan akan dilakukan sehinggalah kelapisan akhir kandungan bayi tersebut.

Tetapi apabila saja tebukan dibuat secara tiba-tiba bayi tersebut menghulurkan tangan kecilnya dan menangkap jari Dr. Bruner dan menggenggam erat . Inilah saat paling emosional kerana biasanya bayi yang diselamatkan berada dalam keadaan kaku tetapi Samuel benar-benar bergerak.

Peristiwa yang menakjubkan ini sempat dirakam oleh jurugambar dan para editor menggambarkan peristiwa ini sebagai “ Hand Of Hope “ – jari kecil janin berusia 21 minggu, Samuel Alexander Armas muncul dari rahim ibu dan memegang erat jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah berterima kasih kepada doktor atas anugerah kehidupan.

Samuel dilahirkan dengan tahap kesihatan yang sempurna dan operasi tersebut berjaya
100 peratus


KELIHATAN JARI BAYI YANG KECIL MUNCUL DARI RAHIM IBU
 SECARA TIBA-TIBA DAN MEMEGANG ERAT JARI DR. BRUNER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...