11 Mei 2011

ANUGERAH KEHIDUPAN




Satu peristiwa yang menyentuh perasaan kita.. yang mungkin anda juga belum pernah melihatnya.

Kisah ini menceritakan tentang seorang bayi berusia 21 minggu yang terpaksa dikeluarkan dari rahim ibunya melalui pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya. Bayi yang diberi nama Samuel Alexander Armas dikenalpasti mengalami masalah tulang belakang ( spina bifida ) dan menyukarkannya nya keluar melalui kelahiran yang normal.

Pembedahan ini telah dilakukan oleh Pakar Bedah Dr. Joseph Bruner. Ibu bayi tersebut iaitu Puan Julie Armas merupakan seorang jururawat kebidanan di Atlanta tahu prosedur yang akan dilakukan oleh Dr. Bruner. Berlatih di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville, ia sering melakukan operasi khas mengeluarkan bayi yang masih di dalam kandungan rahim ibu.

Sebagaimana biasa sewaktu pembedahan, doktor melakukan tebukan kecil setelah rahim ibu dikeluarkan pada seksyen C. Torehan dengan penuh berhati lapisan demi lapisan akan dilakukan sehinggalah kelapisan akhir kandungan bayi tersebut.

Tetapi apabila saja tebukan dibuat secara tiba-tiba bayi tersebut menghulurkan tangan kecilnya dan menangkap jari Dr. Bruner dan menggenggam erat . Inilah saat paling emosional kerana biasanya bayi yang diselamatkan berada dalam keadaan kaku tetapi Samuel benar-benar bergerak.

Peristiwa yang menakjubkan ini sempat dirakam oleh jurugambar dan para editor menggambarkan peristiwa ini sebagai “ Hand Of Hope “ – jari kecil janin berusia 21 minggu, Samuel Alexander Armas muncul dari rahim ibu dan memegang erat jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah berterima kasih kepada doktor atas anugerah kehidupan.

Samuel dilahirkan dengan tahap kesihatan yang sempurna dan operasi tersebut berjaya
100 peratus


KELIHATAN JARI BAYI YANG KECIL MUNCUL DARI RAHIM IBU
 SECARA TIBA-TIBA DAN MEMEGANG ERAT JARI DR. BRUNER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...