11 Februari 2011

7 ORGAN PENTING DIDALAM TUBUH MANUSIA – WAKTU MANA IA BOLEH DIGANGGU? WAKTU MANA PERLU DIREHATKAN?



PERUT
Jam 07.00 – 09.00 pagi

Waktu organ perut sedang kuat. Diwaktu ini baik untuk sarapan pagi untuk proses pembentukan tenaga tubuh sepanjang hari. Minum jus atau ramuan sebelum sarapan pagi ketika perut masih kosong supaya zat yang berguna mudah diserap segera.

LIMPA
Jam 09.00 – 11.00 pagi

Waktu limpa sedang kuat bekerja mengangkut cairan nutrisi untuk tenaga pertumbuhan. Andainya diwaktu ini anda rasa mengantuk ia berarti fungsi limpa menjadi lemah. Kurangkan minuman bergula, lemak, minyak dan protein hhaiwan.

JANTUNG
Jam 11.00 pagi – 1.00 tengahari

Waktu jantung kuat. Banyakan berehat dan jauhi keadaan panas atau bersenam dan stress terutama kepada penderita gangguan pembuluh darah .

HATI
Jam 1.00 – 3.00 petang

Waktu hati anda lemah. Bila kita tidur, darah merah berkumpul dalam organ hati dan terjadi proses pemulihan sel-sel hati. Apabila fungsi hati kuat maka tubuh anda juga akan kuat bagi menangkis serangan penyakit.

PARU-PARU
Jam 3.00 – 5.00 petang

Waktu organ paru-paru lemah. Perlukan istirahat atau tidur untuk proses pembuangan racun dan proses pembentukan tenaga paru-paru.

BUAH PINGGANG
Jam 5.00 – 7.00 malam

Waktu organ buah pinggang kuat. Waktu ini baik bagi anda belajar, membaca atau menghafal karena terjadi proses pembentukan sumsum tulang dan otak serta kecerdasan.

PERUT
Jam 7.00 – 9.00 malam

Waktu organ perut menjadi lemah. Waktu ini elok anda tidak makan makanan yang sukar dicerna atau lama dicerna atau lebih baik berhenti makan.

LIMPA
Jam 9.00 – 11.00 malam

Waktu organ limpa lemah. Terjadi proses pembuangan racun dan proses pemulihan sel limpa. Sebaiknya berehat sambil mendengarkan muzik yang menenangkan jiwa untuk meningkatkan sistem imun badan.

JANTUNG
Jam 11.00 – 01.00 pagi

Waktu organ jantung lemah. Waktu dimana anda sepatutnya sudah beristirahat atau tidur. Apabila masih terus bekerja atau melakukan sebarang aktiviti fizikal dapat melemahkan fungsi jantung.

HATI
Jam 01.00 – 03.00 pagi

Waktu organ hati kuat. Terjadi proses pembuangan racun/toksin hasil metabolisma tubuh. Apabila ada gangguan fungsi hati terdedah kepada kotoran. Diwaktu ini andai anda terluka teramat amat menyakitkan!

PARU-PARU
Jam 03.00 – 05.00 pagi

Waktu organ paru-paru kuat. Terjadi proses pembuangan toksin/racun pada organ paru-paru. Apabila terjadi batuk, bersin dan badan berpeluh pada waktu ini, ia menandakan adanya gangguan fungsi paru-paru. Sedut udara yang bersih agar paru-paru mendapat tenaga, menjadi sihat dan kuat.

USUS BESAR
Jam 05.00 – 07.00 pagi

Waktu organ usus besar kuat. Lakukan aktiviti ke tandas secara teratur..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...