22 Februari 2011

7 HARI YANG BERMANFAAT

Nabi Muhammad SAW telah bersabda tentang hari-hari tujuh setelah ditanya oleh para sahabat :

Jumaat:

Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan, persahabatan, pertunangan dan pernikahan.

Sabtu:

Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya kerana pada hari ini orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad:

Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah telah mula menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin:

Hari Isnin adalah hari yang baik untuk bermusafir dan untuk mula berniaga, kerana  pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa:

Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari ini juga mula terjadinya pembunuhan pertama manusia yang mana anak Nabi Adam iaitu Qabil telah membunuh Habil.

Rabu:

Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari ini Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang merupakan kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis:

Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...