8 Februari 2011

7 LAPISAN LANGIT

" Dia lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu "
Surah al-Baqarah : 29

" Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui "
Surah Fusilat : 12

Perkatan ‘langit’ yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur’an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur’an secara tepat.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an.

1. Troposfera - paling hampir dengan muka bumi. Kawasan berlakunya hujan,angin dan salji.
2. Staratosfera - lapisan kedua
3. Ozonosfera - lapisan ketiga
4. Mesosfera - lapisan keempat
5. Termosfera - lapisan kelima
6. Ionosfera - lapisan keenam mengandungi gas ion
7. Eksosfera - lapisan ketujuh bahagian paling luar

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini ‘Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya‘ di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...